Amirun Syakir

Saturday, November 17, 2012

Status MatYo: PBNJ Kurang Setuju KAFA Lantik Peguam




KEMELUT perebutan Pemain Paling Bernilai, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo gagal menemui titik noktah apabila Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dikatakan kurang bersetuju dengan nilai pampasan yang dicadangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya malam tadi, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat balas daripada Johor yang dihantar Kafa berkaitan perpindahan Mat Yo.
Menurut Annuar, beliau bagaimanapun kebingungan apabila PBNJ seolah-olah enggan membayar nilai perpindahan yang dituntut oleh Kafa, sebaliknya menawarkan nilai yang lebih rendah daripada tawaran surat pertama mereka sebelum ini.
"Surat tawaran telah dibalas oleh PBNJ hari ini, namun kami sedikit binggung apabila dalam surat mereka kurang bersetuju dengan nilai tuntutan yang dicadangkan oleh Kafa.
"Sedangkan mereka menyebut tetap mahukan Mat Yo," kata Annuar.
Tambah Annuar: "Lebih membingungkan kami apabila PBNJ menawarkan nilai yang lebih rendah dari tawaran pertama mereka sebelum ini."
"Bukan setakat itu sahaja, nilai itu juga lebih rendah dari gaji dan elaun Mat Yo untuk baki kontrak 13 bulan yang masih ada.
"Di sini, memang jelas Johor masih belum memahami dan melalui semua ini," kata beliau lagi.
Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan bahawa Annuar bersetuju untuk melepaskan tonggak utama Harimau Malaya ke Johor menerusi "perpindahan biasa."

Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor.
Kafa juga memberikan tempoh seminggu kepada Johor untuk memberi kata putus.
Dalam pada itu, demi melihat kemelut ini selesai secepat yang mungkin, Annuar berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat peguam yang lebih arif mengenai undang-undang sukan bagi menyelesaikan isu tersebut.
"Demi mahu melihat isu ini selesai, Kafa akan menyerahkan segala urusan kepada peguam untuk mengambil langkah seterusnya.
"Kami akan memberi mandat kepada mereka untuk berunding menurut saluran undang-undang yang betul," jelas Annuar yang akan memberi kuasa sepenuhnya kepada peguam mereka untuk menghubungi PBNJ selepas ini.
"Peguam Kafa akan diberi kuasa untuk mengambil apa jua tindakan yang wajar kepada Johor asalkan ia masih di bawah peraturan Status dan mengikuti undang-undang kontrak dalam negara kita," jelas Annuar.
Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa sudah menemui pengganti yang sesuai sekiranya Mat Yo tiada lagi berada di dalam skuad Kelantan musim depan.
"Alhamdulillah, kita sudah pun mendapat pengganti yang sesuai seadainya Mat Yo tidak lagi bersama Kelantan nanti," ujarnya yang akan mengumumkan senarai lengkap 25 pemain The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2013 pada 20 November ini.

Sunday, October 14, 2012

Apex Fokus untuk Pasukan Kelantan




KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.

Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC. 

Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.

KAFA Umum Ganjaran Istimewa 'esok



PERSATUAN Bolasepak Kelantan (Kafa) akan memutuskan esok bentuk ganjaran istimewa kepada pemain Kelantan sekiranya menjulang Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
   
Presidennya Tan Sri Annuar Musa membayangkan ganjaran itu merupakan penghargaan besar yang tidak pernah diterima oleh mana-mana pemain di negara ini sebelum ini.
   
Esok juga, insentif berjumlah RM200,000 juga akan diberikan kepada pemain kerana layak ke separuh akhir dan akhir Piala Malaysia, katanya kepada pemberita perjumpaan dan penyampaian barangan kepada peserta Azam Tani Peringkat Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.
   
Kelantan, yang dalam misi memburu kejuaraan treble musim ini selepas menjuarai Piala FA dan Liga Super, akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final Piala Malaysia.
   
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata hanya dua pemain yang masih belum memutuskan untuk terus menyarung jersi Kelantan musim depan iaitu tonggak pertahanan Mohd Daudsu Jamaluddin dan pemain sayap lincah Nurul Azuan Roya.

Justeru itu, beliau berkata tiada pemain lain akan meninggalkan pasukan Kelantan pada kempen Liga Super musim depan kerana hampir kesemua pemain masih mempunyai kontrak.
   
"Semua telah bersetuju untuk bersama The Red Warriors untuk saingan tahun hadapan termasuklah Norshahrul Idlan Tahala dan Khairul Fahmi Che Mat," katanya.
   
Menurutnya  Mohd Daudsu dan Nurul Azuan akan bertemu dengannya esok bagi membincangkan kontrak mereka yang akan tamat penghujung tahun ini.
   
"Kita telah membuat tawaran, namun mereka mempunyai masalah peribadi.
   
"Difahamkan Nurul Azuan akan berkahwin dengan gadis Johor pada bulan depan. Bagaimanapun saya memberikan masa kepada mereka untuk berfikir sama ada masih mahu bersama The Red Warriors atau tidak," katanya.  - 

Harimau Muda Langkah Kanan

 

BIARPUN tanpa tonggak utama ,skuad bawah 21 tahun negara berjaya mengutip tiga mata selepas menewaskan Loas 4-2 pada aksi pembukaan Newspaper Cup di Gia Lai , Vietnam ..

   Penyerang Harimau Muda,Tamil Arasu dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan yang menghidupkan semula peluang Malaysia pada 10 minit terakhir selepas Loas menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-53 dan 56 ..

   Gol dijaringkan oleh Arif Farhan'14,Hazwan Bakri '27,Tamil Arasu '8,dan  D.Surendran melengkapkan kemenangan buat pasukan Harimau Muda ..

Jurulatih,Ong Kim Swee dalam Twitternya menyifatkan ia sebagai permulaan baik bagi Skuad Negara .. "Susah kita kekalkan keputusan dua gol awal keranan pemain hilang fokus pada separuh masa kedua..Sya kagum dengan komitmen mereka sehinggalah tamat perlawanan "-katanya ,..

TUAH NOMBOR 3



 The Red Warriors semakin menghampiri misi utama mereka untuk merangkul treble buat pertama kali dan secara kebetulannya berkaitan dengan nombor 3 :

1. Beraksi di pentas Final Piala Malaysia buat kali ke-3

2. Bertemu ATM sepanjang musim ini buat kali ke-3

3. TRW menang keatas Selangor dengan Aggregate 3-0

4. TRW gagalkan misi 33 Selangor

5. Piya mejaringkan gol pada minit ke-3 di masa tambahan separuh masa kedua

6. TRW buru piala ke-3 untuk musim ini

Persefahaman Semakin Mantap

   

Corak pertahanan semakin meningkat dan disiplin pemain cukup tinggi..Itulah reaksi pengendali The Red Warriors,Bojan Hodak mengenai pasukannya selepas menewaskan Selangor 2-0 dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam ..

   Menyifatkan benteng pertahanan semakin menunjukkan peningkatan dari segi persefahaman,Bojan mengakui Kelantan kini mampu menjulang Piala Malaysia jika corak dan momentum sama dipamerkan pada aksi Final nanti ..

   Pertahanan Kelantan kini semakin berkualiti,terutama komunikasi antara merea selain disiplin tunggi dipamerkan kesemua pemain The Red Warriors..

   Secara keseluruhan pujian perlu diberikan kepada pasukan kerana begitu komited dan fokus sehinggalah wisel penamat dibunyikan ..

   mengakui Selangor selaku pasukan hebat,namun pujian tetap dihamburkan kepada penjaga gol Selangor dan Kebanggsaan iaitu Norazlan Razali yang berjaya menyekat Kelantan daripada berpesta gol ..

   Norazlan menggagalkan beberapa percubaan penyerang Kelantan dan jika tidak kepantasan yang ada pada dirinya sudah tentu Kelantan akan memperolihi gol Awal ..

Badi Final untuk Norfarhan

                                                            

HATI siapa yang tidak luluh selepas penat lelah bertungkus-lumus untuk memastikan pasukan diwakilinya mara ke final,tapi tidakdapat pula beraksi ..


   Itulah yang terjadi kepada pemain sayap kanan pasukan Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad kerana terlepas aksi final Piala Malaysia 2012 menentang Tentera (ATM) pada sabtu ini di Stadium Shah Alam ..

   "Kami bermain mati-matian untuk menyingkirkan cabaran Selangor sekali gus dalam misi mencipta treble buat pertama kali dalam sejarah pasukan Kelantan ..

   "Namun, saya kecewa kerana tidak dapat beraksi dalam dua final sepanjang musim ini,"..Katanya sekadar menjadi pemerhati ketika pertemuan Piala FA berdepan Sime Darby,Mei lalu ..

  Anak jati Terengganu itu menerima kad kuning kedua (Pertama di Kota Bharu dan yang kedua pula di Shah Alam) dan mengikut jejak pemain sepasukannya iaitu Mohammad Ghaddar yang juga tidak dapat beraksi dalam final Piala Malaysia ..

Saturday, October 13, 2012

Mat Yo dan Daudsu Sangkal Dakwaan

   
    
    PEMAIN Paling bernilai supermokh 2010,2011, Norshahrul Idlan Talaha bakal menyarung jersey Johor..Adakah ia benar atau sebaliknya ..

    Turut dikaitkan dengan pemain lincah di bahagian kiri, Nurul Azwan Roya dan pemain kental di bahagian pertahanan iaitu Daudsu Jamaluddin..

   Jika ia benar ia sudah mengembirakan peminat setia Pasukan Johor atau digelar The Jengking Man itu kerana ia menepati sasaran awal pengurusan Johor yang sebelum ini dikatakan akan membawa nama besar membarisi skuad 2013 ..

   Bagi penyokong setia The Red Warriors , perkhabaran ini sedikit meresahkan mereka namun tidak mustahil mereka terpaksa merelakan penghijrahanvpemain berkenaan ..



NAFI

   Bagi Setiusaha Agong KAFA, Azman Ibrahim,khabar anging ketiga-tiga pemain tonggak utama TRW akan berhijrah haluan menyarung jersey Johor musim depan tidak berasas dan menafikannya..Jelasnya,kesemua pemain masih mempunyai kontrak beraksi dengan TRW setakat ini ..

   Norshahrul Idlan Talaha masih mempunyai ikatan dengan Kelantan sehingga tahun hadapan..Manakala kontrak Daudsu dan Nurul Azwan pula hanya akan berakhir November ini ..

   Setakat ini , tiada lagi perbincangan mengenai isu perpindahan pemain .. tidak adil kenyataan sedemikian dikeluarkan sedangkan Piala Malaysia belum berakhir lagi..Ini sebenarnya melanggar kod etika yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)..



TETAP MERAH

   Bagi tuan punya diri , mengaitkan dirinya dengan pasukan Johor musim depan adalah tidak berasaskan sama sekali dan menepis segala khabar angin itu ..

   "Saya masih terikat kontrak selama setahun lagi bersama pasukan Kelantan..Tiada isu sama ada saya bersetuju ataupuun tidak untuk berhijrah ke pasukan lain" ..

   "Tumpuanm kini memastikan Kelantan menang di pentas Akhir Piala Malaysia 2012 dan seterusnya menjulang kejuaraan Treble buat pasukan" - Norshahrul Idlan Talaha

JAGA HATI

   Bagi Pemain pertahanan Kental Kelantan,Daudsu Jamaluddin pula menjelaskan isu perpindahan yang digembur-gemburkan ini tidak menggangu tumpuan nya dalam mengharung saingan Akhir Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam nanti ..

   Enggan mengulas anjutmengenai masa depannya,Daudsu mengakui banyak hati yang perlu dijaga.."Tumpuan kini adalah untuk memenangi Piala Malaysia buat kali ke 3 buat Kelantan,",ujarnya

  Pada musim lalu, Penyerang Prolifik Kelantan itu menjaringkan 19 gol dalam saingan Liga Super  turut dinobatkan sebagai penyerang terbaik Malaysia apabila mengetepikan rakan sepasukan dan rakan senegaranya iaitu Khairul Fahmi dan Safiq Rahim ..

  Daudsu Pula merupakan pertahanan kental skuad kijang yang sering diturunkan sebagai kesebelasan utama pasukan oleh Bojan Hodak dalam setiap perlawanan..

Friday, October 12, 2012

Red Warriors Gah !!



Anak buah Bojan Hodak hanya selangkah lagi untuk catat kejuaraan trebel

Shah Alam: Klimaks Piala Malaysia musim ini menyaksikan pertembungan dua sang juara - juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Tentera apabila kedua-dua mara ke final, 20 Oktober ini.


Di Stadium Shah Alam, malam tadi, pertaruhan angka '3' oleh Kelantan dan Selangor lebih memihak kepada jaguh Pantai Timur itu apabila merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Red Giants.



Walaupun perlawanan yang disajikan jelas seimbang tetapi segala usaha keras The Red Warriors berbalas dan kini hanya memerlukan tempoh 90 minit lagi sebagai detik penentu di pentas final untuk merangkul piala paling berprestij itu. 


Selepas Piala FA dan Piala Liga Super berada dalam genggaman, kemenangan malam tadi bermakna peluang Pahlawan Merah untuk mendakap kejuaraan kali kedua Piala Malaysia hampir menjadi realiti.


Bagaimanapun, Selangor yang ketinggalan satu gol ketika tewas 0-1 di Kota Bharu, Jumaat lalu langsung tidak dihiraukan apabila terus melakukan asakan ke kubu lawan dan hasilnya seawal minit pertama, kaptennya, Safiq Rahim terlepas peluang menjaringkan gol selepas sepakan percumanya tersasar.


Permainan bertambah menghiburkan apabila penyerang pelawat, Mohammed Ghaddar melakukan percubaan 12 minit kemudian, tetapi sempat dikuis oleh penjaga gol, Norazlan Razali.


Tonggak tengah The Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin juga tidak berupaya mengukuhkan agregat apabila sepakan 'chip' yang dilakukannya pada minit ke-38 sekali lagi dikecewakan oleh Norazlan. 
Lima minit selepas itu, Selangor melakukan asakan dan rembatan kencang penyerang importnya, Bosko Balaban dari luar kotak penalti diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.


Kelincahan Ghaddar cukup menghadirkan kekacauan di benteng tuan rumah apabila berjaya melepaskan diri untuk merobek gawang, tetapi Selangor sekali lagi bernasib baik kerana Norazlan terus mengecewakan Kelantan daripada menambah jaringan.


Sebaik memasuki minit ke-84, The Red Warriors ternyata lebih layak untuk memegang status 'Red' yang sebenar apabila gerakan solo Ghaddar sebelum melakukan ‘chip’ berjaya melebarkan kedudukan agregat 2-0.


Dia melakukan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil gerakan cantik menewaskan tiga pertahanan lawan.


Mohd Badhri Radzi terus menghukum kelekaan lawan apabila sepakan percumanya menerjah gawang sekali gus membawa Kelantan ke final dengan kemenangan agregat 3-0.

Piala Malaysia: Kelantan Mara ke Final




GERGASI Pantai Timur, Kelantan mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua  di Stadium Shah Alam, malam ini.
Malah ini Kelantan memperoleh dua gol. Dengan kemenangan ini, misi Kelantan dalam mencari kejuaraan treble musim ini semakin tercapai.
Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Safiq Rahim. Bagaimanapun sepakannya tersasar.
Pasukan pelawat melakukan serangan balas dan percubaan Mohamed Ghaddar pada minit ke-12 menerusi hantaran cantik Nik Mohd Shahrul gagal dilaksanakan apabila tandukannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, NorAzlan Razali.
Selang seminit kemudian, Ghaddar sekali lagi terlepas peluang apabila tendangannya melambung tinggi.
Memasuki pertengahan babak pertama perlawanan, pasukan pelawat melalui detik cemas  Amri Yahya bangkit melancarkan serangan nyaris merobek gawang Kelantan pada minit ke-22,  begitu pun berjaya didakap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol meskipun percubaan Bosko Balaban pada minit ke-43 masih gagal untuk menewaskan Khairul Fahmi.
Sepuluh minit separuh masa kedua bermula, Kelantan terus ghairah mencari jaringan gol apabila tendangan kencang  Nurul Azwan Roya hampir membolosi gawang lawan, namun berjaya ditolak keluar oleh Azlan.
Kelantan sekali lagi melancarkan serangan menerusi penyerang berbisanya, Modh Idhan Talaha pada minit ke-57, tetapi tendangannya juga ditepis keluar oleh Azlan.
Biarpun ketika Kelantan dilihat lebih menguasai perlawanan, Selangor tetap enggan menyerah kalah apabila Shafiq Rahim terus mara membuat cubaan ke arah pintu gol lawan pada minit ke-64. Bagaimanapun ia mudah diselamatkan Khairul Fahmi.
Pada minit ke-67, giliran Indra Putra Mahiyudin pula melancarkan serangan. Tendangannya tersasar melepasi tiang gol.
Keghairahan pelawat mencari jaringan gol akhirnya tertunai apabila tendangan pemain import Kelantan, Ghaddar berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Azlan.
Selepas itu, Mohd Badri Radzi menutup tirai perlawanan dengan menjaringkan gol kedua buat Kelantan  sekali gus meranapkan Misi 33 yang dicanang anak buah Irfan Bakti.
Dengan itu, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia di pentas final yang akan berlangsung 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Irfan Tak Gusar dengan Ketiadaan Nasriq

 

JURULATIH Selangor, Irfan Bakti menegaskan bahawa ketiadaan Nasriq Baharom, yang digantung, tidak mengundang sebarang masalah buat pasukan The Red Giants dalam aksi timbal balik menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Irfan berkata, beliau masih mempunyai ramai pemain handalan seperti Bunyamin Umar dan Asraruddin Putra Omar, malah dia percaya anak ¬buahnya akan bekerja keras dalam satu pasukan.

“Ketiadaan Nasriq tidak menjejaskan keyakinan kami untuk beraksi cemerlang nanti.

“Kita masih ada Bunyamin dan Asraruddin yang baru pulih daripada kecederaan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Nasriq,” katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Tambah Irfan: “Saya juga akan menurunkan Rozaimi Abdul Rahman dan Bosko Balaban bagi merobek juara Piala Malaysia 2010 itu.

“Saya yakin mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik, meskipun tanpa kelibat Nasriq.

“Kita bermain dalam satu pasukan dan bukan secara individu. Jadi saya tidak lihat ia sebagai satu masalah,” katanya yang yakin mampu ke peringkat akhir dalam Piala Malaysia sekali gus melengkapi matlamat Misi 33.

Dalam pada itu, Irfan berharap anak didiknya akan bertenang dan tidak panik menyerap asakan lawan serta sentiasa memerhati setiap gerakan anak buah Bojan Hodak itu.

“Tempoh 90 minit harus dimanfaatkan dengan begitu baik oleh pemain bagi menempah slot ke pentas final.

“Kami perlu ketenangan berdepan dengan Kelantan. Kami akan bermain seperti biasa dan pasukan mana yang bermain bagus layak mara ke pentas akhir," jelas beliau yang berharap penyokong setia Gergasi Merah dapat hadir beramai-ramai memberikan sokongan bagi membakar semangat pemainnya nanti.

Thursday, October 11, 2012

Bola Cafe sedia Port untuk Kaki Bola

       

  MACHANG - Kedai makan, berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas disini menawarkan skrin besar kepada peminat bola sepak dalam dan luar negara ..

     Pemiliknya, Sukardi Ismail berkata, minat dan kecenderungan dalam bidang bola sepak dikongsi bersama orang ramai di kedai tersebut ..

     Katanya, Bola Cafe itu adalah kesinambungan kepada kedainya yang terpaksa ditutup sebelum ini bagi kerja-kerja pembinaan jalan raya di Jalan Kweng Hitam,Machang ..

     Selain televisyen LCD , kami juga menyediakan kemudahan skrin gergasi kepada peminat peminat bolasepak ..

     Pada masa yang sama kami juga menyediakan hidangan istimewa iaitu NASI KUKUS LIGA SUPER kepada pelanggan pelanggan .-Katanya

  Sukardi yang juga bekas pemain bola sepak Kelantan pada era 80-an berkata, kedai itu mula dibuka mulai Jam 4 petang sehingga awal pagi ..

ditulis oleh : amirunsyakir.com

Wednesday, October 10, 2012

Piala Malaysia : Kelantan,Selangor Seimbang




BIARPUN apa keputusan membabitkan Selangor dan Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, satu sejarah akan tercatat apabila dua gergasi bola sepak tanah air berentap untuk slot final di stadium sama.

Pertemuan separuh akhir pertama yang menyaksikan gol Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-62, menjadi pemisah aksi yang boleh diibaratkan final Piala Malaysia musim ini kerana kedua pasukan ini mempunyai kekuatan cukup seimbang kerana kedua-dua pasukan mempunyai ramai pemain berkualiti.

Selangor kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang dilihat mempunyai pemain gabungan senior dan junior semakin menunjukkan persembahan mengagumkan sejak bangkit daripada aksi tidak konsisten pada saingan kumpulan.

Sementara, Kelantan bimbingan Bojan Hodak pasukan paling konsisten sepanjang kempen Liga Malaysia apatah lagi menjuarai Liga Super dan juara Piala FA pastinya mahu menambah koleksi kejuaraan mereka.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum juga seimbang pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor menewaskan Kelantan, 2-1 sekali gus memadam rekod tanpa kalah Red Warriors.

Kelantan menebus kembali kekecewaan dengan menewaskan Selangor di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu hasil jaringan Mohamad Ghaddar pada minit ke-25.

Ikuti temubual bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ganusoccer.net, Bisharuzi Omar kekuatan dan kelemahan kedua-dua pasukan pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu menjelang separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

KEKUATAN, KELEMAHAN SELANGOR

Selangor

Penjaga Gol: Norazlan Razali

Kekuatan: Bermain baik pada separuh akhir pertama d Kota Bharu, banyak menyelamatkan percubaan berbisa jentera serangan Kelantan terutama Indra, Ghadar dan Farhan

Kelemahan: Gugup apabila beraksi pada perlawanan penting kerana kurang pengalaman di perlawanan antarabangsa, dan jika diasak hebat boleh melakukan kesilapan mudah seterusnya memberikan gol kepada lawan.


Pertahanan: Razman, Bunyamin, Gunalan, Ramez

Kekuatan: Gandingan Bunyamin dan Ramez serasi digandingkan pada separuh akhir pertama selepas Nasriq dikenakan kad merah dibuktikan kecemerlangan Rameq mengekang asakan lawan.

Kelemahan: Ketiadaan Nasriq akan dirasa jentera pertahanan Selangor, namun begitu bahagian ini perlu matang dan bijak berkomunikasi dengan penjaga gol bagi mengelakkan kesilapan mudah.


Tengah: Shafiq, Surendran, Veenod, Rozaimi

Kekuatan: Ketua Pasukan, Shafiq Rahim perlu bijak menggunakan kemahiran set peice untuk menghasilkan gol The Red Giants pada masa sama mematikan pergerakan jentera tengah Kelantan.

Kelemahan: Safiq Rahim harus lebih kreatif dan pantas membuka lebih banyak peluang kepada jentera peledak dikemudi Mohd Amri Yahyah dan Bosko Balaban biarpun pergerakannya dirantai pemain lawan.


Serangan: Amri, Bosko

Kekuatan: Jentera serangan memang banyak membantu Selangor pada peringkat kumpulan sebelum ini tambahan dengan kehadiran semula Amri di bahagian depan penting untuk mencetus semangat kepada pemain Selangor dalam mencipta gol. Kemasukan Rozaimi Abdul Rahman Jumaat ini juga boleh dianggap bonus kepada anak buah Irfan Bakti.

Kelemahan: Kurang variasi serangan kerana  serangan Selangor hanya mengharapkan gol daripada Amri dan Bosko kerana barisan tengah mampu mencipta peluang menjaringkan gol

KEKUATAN, KELEMAHAN KELANTAN



Kelantan

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat

Kekuatan: Pengalaman di pentas kebangsaan dan antarabangsa menjadi aset utama kepada benteng terakhir The Red Warriors ini tambahan prestasi konsisten mampu memberikan kelegaan kepada penyokong Kelantan.

Kelemahan: Anak muda berusia 23 tahun ini ada masanya beraksi di bawah kemampuan sebenar sedikit sebanyak memberi kesan kepada bahagian pertahanan Kelantan.


Pertahanan:  Daudsu, Nik Mohd Shahrul, Obinna, Subramaniam,

Kekuatan: Barisan pertahanan mantap setiap posisi, pantas dalam memotong hantaran lawan halangan utama untuk lawan mencatat kemenangan.

Kelemahan: Kelemahan ketara pertahan Kelantan apabila diasak jentera serangan lawan mampu melakukan kesilapan mudah.


Tengah: Badhri Radzi, Indra Putra, Azlan Roya, Norfarhan

Kekuatan: Badhri mampu memberikan hantaran cantik memudahkan jentera hadapan pantas bergerak untuk memudah barisan serangan menjaringkan gol.

Kelemahan: Prestasi Badhri merudum sejak ke belakang ini, stamina jentera tengah Kelantan harus mampu bermain dalam tempoh 90 minit dan kerana mereka mungkin bermain di masa tambahan.


Serangan: Ghadar, Norshahrul

Kekuatan: Ghadar mampu bergerak pantas dan boleh menarik perhatian pertahanan Selangor untuk memberikan tumpuan kepada beliau. Ini akan memberikan peluang kepada pemain lain untuk menjaring gol seperti Farhan atau Indra

Kelemahan: Kadang-kadang barisan serangan Kelantan leka di hadapan gol dan tidak mahu memberikan bola kepada rakan walaupun berada dalam kedudukan selesa jaringan gol.


INFO

Liga Super
14 Februari 2012
Selangor  2 – 1 Kelantan
(Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur)
S Rahim 46’
B Balaban 75’
S Subramaniam 90’+1

Liga Super
29 June 2012
Kelantan 1 – 0 Selangor  
(Stadium Sultan Mohammad IV ,Kota Bharu)
Mohamad Ghaddar 25’

Piala Malaysia
7 Oktober 2012
Separuh Akhir Pertama
Kelantan 1 - Selangor 0
(Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu)
Mohd Norfarhan Muhammad 62'

Mat Yo dan Daudsu Utamakan TRW



untuk membawa Kelantan ke pusingan akhir Piala Malaysia 2012, peledak berbisa The Red Warriors (TRW), Norshahrul Idlan Talaha menepis dakwaan yang mengatakan beliau bakal berhijrah ke Johor, musim depan.

Masih terikat kontrak selama setahun dengan juara Liga Super itu, Norshahrul yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo menegaskan tumpuannya kini hanyalah kepada skuad Kijang.

“Saya masih terikat kontrak selama setahun bersama Kelantan. Jadi tiada isu sama ada saya bersetuju ataupun tidak untuk berhijrah ke pasukan lain,” katanya kepada Sinar Harian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), semalam.

Sebelum ini, Mat Yo bersama dua lagi pemain Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya dilaporkan disunting bekas juara Piala Malaysia 1991, Johor untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Malah dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi membolehkan Mat Yo mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor.
 
Dalam masa sama, turut ditanya adakah beliau berhasrat untuk mengubah haluan, Mat Yo bagaimanapun enggan menggulas lanjut.

“Belum tahu lagi, tumpuan saya sekarang hanya untuk Piala Malaysia dan juga Piala Suzuki AFF," katanya.

Dalam perkembangan lain, hanya berserah kepada rezeki, Daudsu tidak mahu isu perpindahan mengganggu tumpuannya dalam mengharungi saingan separuh akhir Piala Malaysia.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai hala tuju masa depannya, tonggak pertahahan TRW itu mengakui banyak hati yang perlu dijaga.

"Tumpuan saya hanya untuk Kelantan dan fokus bagi mencapai misi treble musim ini. Jadi, buat masa ini saya tidak fikir untuk kemana-mana lagi,” katanya.

Kelantan Nafi Lepas 3 Pemain




KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan ketiga-tiga tonggak utama mereka bakal mengubah haluan dengan menyarung jersi Johor pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Sambil menyifatkan berita mengenai penghijrahan pemain tersebut tidak berasas, Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim menegaskan kesemua mereka masih mempunyai kontrak beraksi dengan The Red Warriors setakat ini.

“Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) mempunyai ikatan dengan Kelantan sehingga tahun depan manakala kontrak Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya pula hanya akan berakhir November nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Kita sudah menghantar surat (penawaran kontrak) kepada semua pemain pada Julai lalu. Jadi kita masih dalam proses berunding dengan mereka sama ada berminat atau tidak untuk terus kekal bersama Kelantan. Tiada
perbincangan mengenai perpindahan, jadi mereka kekal bersama kita setakat ini.

“Jadi tidak adil kenyataan sedemikian dikeluarkan sedangkan Liga Malaysia 2012 sendiri masih belum berakhir. Ini sebenarnya melanggar kod etika yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan ketiga-tiga pemain berkenaan disunting bekas juara Piala Malaysia 1991 itu untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Malah dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bersedia berbincang dengan Kafa bagi membolehkan Norshahrul Idlan, penyerang yang merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) 100Plus-FAM pada 2010 dan 2011 mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, Azman berkata, pihak Kafa akan menghantar surat kepada badan induk bola sepak kebangsaan dalam masa terdekat sebagai membantah kenyataan yang disifatkan melanggar peraturan itu.
“Saya tidak berminat untuk berbalas kenyataan di media. Tetapi sebagai seorang bekas pemain profesional, Fandi (Ahmad) (Pengurus Pasukan Johor) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Ia boleh mengganggu tumpuan pemain kita yang sedang beraksi dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia ketika ini.

“Apa jua keadaan mereka kena ikutlah saluran yang betul dan merujuk kepada Kafa.

"Saya harap pasukan lain pun bersabar sebelum mereka mengumumkan nama pemain baru masing-masing sehinggalah musim Liga Malaysia berakhir 20 Oktober ini,” katanya.



Menang 1-0 Beri Kelebihan buat Kelantan - Hodak



KEMENANGAN 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Selangor malam tadi nyata memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan untuk beraksi lebih baik pada perlawanan timbal balik di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Ketua Jurulatih Kelantan Bojan Hodak yakin pasukannya akan mengungguli perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia itu jika pertahanan The Red Warriors menunjukkan aksi cemerlang seperti perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV ketika menentang Selangor.

"Ia akan memberi kelebihan kepada pasukan kami jika kita kekal dengan corak permainan seperti malam tadi," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Penyerang Norfarhan Muhammad menjadi wira Kelantan selepas menyumbang gol tunggal pasukannya pada minit ke-62.

Bojan yakin anak-anak didiknya akan lebih cemerlang dengan kehadiran Badri Radzi selaku ketua pasukan yang akan menguatkan lagi jentera serangan.

Pemain tengah dan kapten pasukan itu direhatkan malam tadi berikutan sakit di bahagian mata dan ini dilihat memberi sedikit tekanan kepada jentera tengah Kelantan.

Sementara itu, pengendali Selangor Irfan Bakti Abu Salim yakin pasukannya masih berpeluang melangkah ke final.

"Harus diingat masih ada 90 minit lagi bermain di Shah Alam... saya optimis dan yakin Selangor boleh ke final kerana 90 minit lagi akan menjadi penentuan.

"Saya akan ubah cara permainan dengan Kelantan dan akan membuat sesuatu untuk ke final," katanya


Friday, October 5, 2012

Siapa Hebat, Hodak atau Irfan ?




SIAPA hebat, Hodak atau Irfan? Itulah persoalan yang bermain difikirkan peminat bola sepak tempatan menjelang sepak mula perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, pertemuan Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pertembungan dua musuh tradisi, Kelantan dan Selangor sebenarnya memang cukup klasik. Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak 13 kali sejak tiga tahun lalu di mana Kelantan menang lima perlawanan, seri enam dan tewas dua kali kepada Selangor.
Rekod kebal The Red Warriors di gelanggang sendiri juga terbukti menjadi igauan buruk kepada Red Giants. Sukar bagi Selangor untuk membuang badi kekalahan setiap kali beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV.

Mungkin kalau mereka boleh berbangga sekali pun ialah 10 tahun lalu di bawah bimbingan Abdul Rahman Ibrahim. Ketika itu, Selangor menewaskan Kelantan 4-1 di Kota Bharu menerusi jaringan Mohd Amri Yahyah, Mass Sarr Jr dan gol sendiri Mohd Saifulnizam Hussin.

Pasukan berbeza

Namun malam ini, Selangor muncul sebagai sebuah pasukan yang cukup berbeza. Misi 33 buat kali kedua dicanangkan dalam kempen Piala Malaysia edisi ke-86 setelah impian mereka lebur di tangan Terengganu pada peringkat separuh akhir musim lalu.
Irfan Bakti Abu Salim tampil selaku Ketua Jurulatih baharu mengisi kekosongan yang ditinggalkan K Devan musim lalu. Irfan Bakti, anak kelahiran Kota Bharu jelas mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kejurulatihan.
Seperkara yang menarik mengenai pengendali berusia 61 tahun ini ialah beliau mempunyai karakter luar biasa sebagai pembimbing pemainnya dari tepi padang.
Itulah yang gemar dilakukan Irfan Bakti, sentiasa merangsang psikologi anak buahnya untuk beraksi lebih cemerlang dalam perlawanan berisiko tinggi.
Dengan reputasi terbaik sebagai juara sebanyak 32 kali, Selangor kini berada di landasan tepat untuk menggapai misi kedua mereka itu. Jelas, Selangor mempunyai barisan pemain cukup mantap, dengan kehadiran Ramez
Dayoub yang cukup tenang mengawal benteng pertahanan sambil dibantu Mohd Nasriq Baharom, Mohd Razman Roslan dan P Gunalan.
Ketua Pasukan kebangsaan, Shafiq Rahim yang juga merupakan pakar dalam situasi bola mati pula akan menjana tengah Selangor dibantu rangkaian Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Solihin Kannasian Abdullah dan S Veenod.

Jangan lupa Mohd Amri Yahyah, pemain yang disifatkan mampu mengubah sesuatu keputusan perlawanan jika pasukannya berada dalam keadaan terdesak untuk menang. Pemain berusia 31 tahun itu dilihat pemain paling sesuai digandingkan dengan bintang import dari Croatia, Bosko Balaban di jentera serangan mereka.
Buru banyak gol
Di kem Kelantan, percaturan taktikal Bojan Hodak sekali lagi menjadi taruhan. Menjadi jurulatih bidan terjun menggantikan Peter Butler penghujung Februari lalu, Hodak kini dalam perjalanan untuk mencipta sejarah muncul selaku jurulatih pertama menjulang The Red Warriors meraih treble pertama.

Dalam tempoh yang singkat, jurulatih kelahiran Croatia itu berjaya membawa Kelantan menjulang Piala FA buat pertama kali selain mempertahankan kejuaraan Piala Liga Super buat kali kedua berturut-turut pada musim ini.

Malam ini, merupakan pentas terbaik bagi Hodak untuk menurunkan barisan terkuat Kelantan.

Dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex sudah pasti diberi tugas menjaga gawang, benteng pertahanan Kelantan kembali diperkuatkan kehadiran S Subramaniam bergandingan dengan Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak.

Meskipun mempamerkan aksi buruk tempoh hari, kudrat Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi amat ditagih bagi memperkuatkan jentera tengah bergandingan dengan Mohd Shakir Shaari, dan kedua-dua pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad.

Gandingan penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamad Ghaddar menjadi taruhan Hodak dalam usaha Kelantan memburu seberapa banyak gol sebelum aksi timbal balas di Shah Alam pada 12 Oktober nanti.

Thursday, October 4, 2012

Saya Lebih Tahu



       PENGENDALI Harimau Malaya,Datuk K Rajagopal sedikit pun tidak terganggu dengan komen serta pandangan yang diutarakan mengenai pasukannya lebih-lebih lagi soa pengambilan lima pemain dari skuad Harimau Muda..

 Rajagopal berkata , pemilihan lima pemain itu dibuat bagi membantunya menjelang perlawanan persahabatan di Hong Kong pada 16 OKT ini dan Vietnam pada 3 November depan ..Berikutan hampir separuh pemainnya beraksi dlm saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini iaitu dari pasukan Kelantan,Selangor, dan ATM ..

Seperti yang kita tahu Kelantan , Selangor dan ATM berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2012.Hampir separuh dari tonggak utama adalah pemain dari pasukan Kelantan..Saya terpaksa melepaskan pemain pemain yang beraksi dlm Piala Malaysia bagi membantu pasukan masing masing dlm saingan Piala Malaysia yang berlangsung ketika ini ..Sebab itulah saya meminjam 5 pemain dari skuad Ong Kim Swee ..

      Dalam pada itu , tetap dengan pendirian tentang Rangking skuad kebangsaan,Rajagopal berkata ia tidak mengambarkan kedudukan sebenar skuad Negara..Seperti saya katakan dahulu  , ( RANGKING ITU TIDAK PENTING  ) , ia langsung tidak memberi sebarang keasan kepada pasukan . Apa yang penting sekurang adalah memperkuatkan pasukan untuk mempertahan kan kejuaraan Piala AFF dan saya sanggup mati demi negara bagi memastikan kita Berjaya..

Rangking Malaysia ketika ini , daripada 154 naik lagi kepada 162 ..


Piya Terkilan dengan Kecaman




KOTA BHARU – “Sebagai pemain, kami juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan," luah Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi yang nyata kecewa dengan kecaman hebat dilontarkan segelintir penyokong terhadap prestasi terburuk The Red Warriors dalam saingan kempen Piala Malaysia musim ini.
Mengakui terkilan dengan situasi tersebut, Mohd Badhri atau dikenali Piya berkata, tidak ada salah untuk para peminat menyuarakan rasa tidak kurang puas hati mereka, namun biarlah secara berlapik dan tidak menjatuhkan maruah seseorang pemain.
“Memang saya akui itulah aksi terburuk saya (perlawanan dengan Felda United tempohari) pada musim ini. Kalau peminat mahu 100 peratus komitmen dari pemain, kami sebenarnya beri lebih daripada itu. Tak ada mana-mana pasukan pun bermain untuk kalah,” katanya semalam.
Menurutnya, namun, janganlah sampai mengeluarkan kata-kata kesat atau cercaan kepada pemain sehingga melibatkan ibu-bapa mereka.
"Kalau main teruk sedikit kena kutuk, apatah lagi jika kalah, pasti pelbagai tohmahan dilemparkan. Sehingga ada yang menganggap kami jual permainan.
“Kadang-kala saya sedih dengan situasi seperti ini. Kami pun ada keluarga, hati serta maruah yang perlu dijaga.
"Tapi itulah adat bola sepak, ketika menang disanjung, apabila kalah macam-macam kata cacian kami terima. Apa pun kami terima semua ini dengan hati terbuka,” katanya.
Isi hati jeneral padang berusia 30 tahun itu diluahkan setelah tindakan jurulatih, Bojan Hodak mengeluarkannya rentetan prestasi buruk mengundang cemuhan penyokong ketika pertemuan suku akhir kedua menentang Felda United FC di Kota Bharu pada Selasa lalu.
Dalam pada itu, pemain yang pernah menyarung jersi pasukan PDRM musim 2005 hingga 2007 itu menolak andaian prestasi buruk Kelantan berpunca daripada kemerosotan permainan beliau sendiri.
“Tak adil untuk membuat penilaian sedemikian. Kalau orang kata saya main bagus, jadi Kelantan pun main bagus, itu pendapat yang tidak betul. Bola sepak dimainkan dengan 11 pemain. Semua pemain ada peranan masing-masing, bukan saya seorang yang bertanggungjawab jika pasukan kita beraksi cemerlang,” katanya.
Justeru, menjelang aksi separuh akhir pertama menentang Selangor malam esok, Mohd Badhri mengharapkan sesuatu kelainan daripada penyokong setia Kelantan dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi bagi menenggelamkan kehebatan pemain Gergasi Merah di Kota Bharu.
Dalam perkembangan sama, pemain sayap Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad menganggap prestasi rakan sepasukannya itu tidak seburuk yang disangka.
“Saya harap peminat faham, prestasi pemain ada turun naiknya. Ada hari kita boleh bermain dengan cemerlang, ada hari kita main teruk. Begitulah yang terjadi kepada Piya.
"Saya pun pernah melalui perkara yang sama. Janganlah nilai prestasi buruk pemain hanya menerusi satu perlawanan sahaja,” katanya