Friday, September 14, 2012

Kelantan langkah kiri, tapi mara bergaya!!!

Saingan peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia musim 2012 ini diakhiri semalam apabila semua pasukan telah menghabiskan kesemua enam perlawanan. Seperti setiap tahun, Piala Malaysia sentiasa menjanjikan pelbagai kejutan yang menambah lagi kehangatan piala paling berprestij di Malaysia ini.. Yang paling menjadi tumpuan dalam saingan peringkat kumpulan ini tentulah kumpulan B yang dikatakan sebagai 'kumpulan maut' kerana empat pasukan kuat iaitu Kelantan, ATM, Terengganu dan Kedah diundi bersama.

Juara Piala FA dan Liga Super 2012 iaitu Kelantan memulakan saingan dengan langkah kiri apabila tewas dalam perlawanan pembukaan ketika menentang Terengganu. Ketika itu, Kelantan seperti terkejut dengan corak permainan cukup bersemangat Sang Penyu dihadapan puluhan penyokong mereka sendiri. Terengganu pula yang turun sebagai naib Juara Piala Malaysia musim lalu dikatakan mampu melepasi 'kumpulan maut' ini kerana berjaya mempamerkan aksi yang cukup bertenaga ketika mereka menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-0. 


Kebelasan Kelantan ketika menumpaskan Terengganu 6-1

Namun, Kelantan berjaya bangkit untuk menghidupkan kembali misi untuk treble musim ini apabila berjaya muncul juara 'kumpulan maut' ini sekaligus melayakkan Kelantan ke peringkat suku akhir. Kelantan bangkit apabila menang tipis 2-1 ketika menentang Kedah. Terikat 1-1 ketika menentang ATM di Stadium Selayang dan akhirnya menang penuh dramatik 4-3 di Stadium Sultan Muhamad ke-IV (SSMIV). Perlawanan kelima Kelantan dan Kedah terikat tanpa jaringan di Stadium Darul Aman. Perlawanan terakhir ketika menentang Terengganu di SSMIV Kelantan berjaya membalas dendam apabila membelasah Terengganu dengan jaringan 6-1.

Terengganu pula merupakan pasukan paling bermasalah pada musim ini. Walaupun langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan bergaya dalam perlawanan pertama, Terengganu gagal mengekalkan momentum apabila gagal mencatatkan sebarang kemenangan pada perlawanan seterusnya. Ditambah pula dengan pelbagai kontroversi antara penyokong, pemain, jurulatih dan pihak pengurusan.. Kelantan dijadualkan akan berdepan Felda United di peringkat suku akhir yang muncul selaku naib juara kumpulan C.


Yang pasti, pejalanan masih jauh untuk Kelantan bermegah.. Walaupun Kelantan dilihat mempunyai harapan cerah untuk marah ke final, namun Kelantan tentunya tidak boleh memandang rendah terhadap Felda United yang pernah menewaskan Kelantan dalam saingan Liga Super. Andai Kelantan berjaya berjaya ke separuh akhir, pasukan pilihan yang akan menanti Kelantan ialah Selangor.. Selangor juga akan menjadi antara lawan terkuat apabila mula menunjukkan peningkatan dalam beberapa perlawanan terakhir ini, malah Selangor juga merupakan pasukan yang pernah mengalahkan Kelantan dalam saingan Liga Super selain Felda United..

Gomo Kelate Gomo!!!

No comments:

Post a Comment