Friday, September 14, 2012
Kelantan Menang Besar
Kelantan mula garang di babak pertama lagi selepas wisel dibunyikan oleh Yusuf Mat Karim bagi mulanya perlawanan diantara Kelantan dan Terengganu , Kelantan dilihat berpotensi untuk menang besar selepas banyak asakan dilakukan pada separuh masa pertama dengan rembatan Afiq Azmi sedikit tersasar dari pintu gol yang dikawal oleh Shamirza Yusof ..
Namun kekebalan Shamirza tidak kekal lama selepas hantaran Nurul Azwan Roya pada minit ke 13 berjaya disambut Afiq dan terus menolak bola masuk ke gawang gol yang sudah ternganga ..Terengganu juga memiliki peluang demi peluang namu peluang itu tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh jentera serangan Terengganu yang diketuai oleh Abdul Hadi Yahya ..
Sejurus selepas itu pada minit ke 27 , Kelantan menambahkan derita Skuad sang penyu apabila gerakan cantik dari Norfarhan terus ke pintu gol Shamirza Yusof .. Kelantan juga memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalty pada jarak 30 meter namun dipersiasiakan oleh kapten Kelantan , mohd Badhri Radzi ..
pada minit ke 47 , Norfarhan sekali lagi menambah derita skuad Sang Penyu selepas mudah menolak masuk untuk gol yang ke 3 bagi pasukan Kelantan dan gol kedua peribadi beliau ...
Babak separuh masa kedua bermula ,dilihat kedua-dua pasukan saling berbalas serangan , Pertahanan Terengganu dilihat tidak terdaya untuk menahan asakan demi asakan dari Skuad Sang Kijang .. Padahnya berlaku selepas Pasukan Kelantan sekali lagi menambah koleksi gol pada minit ke 76 apabila hantaran tinggi Obinna Nwaneri berjaya ditanduk kemas oleh Kapten Pasukan Kelantan untuk gol yang ke 4 ..
Kedudukan 4-0 tidak kekal lama , selepas pemain Terengganu berjaya memperoleh gol saguhati hasil daripada hantarang dari Ismail Faruqi berjaya ditanduk oleh Hasmizan dan Apex Dilihat tidak terdaya untuk menepis tandukan itu yang dituju ke paras bumbung pintu gol Kelantan ..
Selepas itu , Kelantan yang dilihat untuk kenduri gol pada perlawanan ini selepas hantaran mafry balang kepada Mohd Badhri radzi dan Piya Tenang menyepak masuk untuk gol ke 5 pasukan Kelantan .. Pada babak-babak akhir perlawanan , Indra Putra juga dilihat mahu menjaringkan gol dalam perlawanan ini selepas SET dari Badri Radzi untuk Indra lalu menyepak masuk ke pintu gol Terengganu untuk jaringan 6-1
Tamat Perlawanan Kelantan 6-1 Terengganu
ditulis oleh : amirunsyakir.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment