Sunday, September 16, 2012
Tunggu Habis Piala Malaysia : Afiq
" Saya tidak boleh komen , tunggu habis Piala Malaysia , " kata penyerang yang sedang meningkat naik , Mohammad Afiq Azmi ketika ditanya kesediaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendapat khidmatnya pada musim depan untuk saingan Liga Super ..
Mohammad Afiq Azmi yang menjaringkan 4 gol dalam 6 perlawanan bersama Kelantan berkata , apa yang penting sekarang ini adalah membantu Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim 2012 . Mungkin bersedia , tetapi tidak berani komen , katanya yang akan turut bersama The Red Warriors ke Iraq untuk bertemu pasukan Arbil dalam saingan suku akhir Piala AFC ..
Semalam pengurus pasukan Kelantan , Azman Ibrahim berkata , pihaknya sedangmenilai prestasi afiq dan akan berbincang mengenai masa depan pemain pinjaman pasukan Kelantan itu sebaik sahaja Tamat saingan Piala Malaysia ..
Ditanya perasaannya dapat bersama pemain ke Iraq , Afiq mengakui teruja dengan pengalaman yang diberikan pihak pengurusan dan akan menggunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi semasa .. saya akui teruja dengan peluang ini , bukan mudah untuk bersama beraksi dengan pasukan luar negara , insyaallah saya gunakan kesempatanini sebaik mungkin ..
Aksi terbaik yang ditunjukkan anak kelahiran Perlis itu mula miniti bibir peminat setia The Red Warriors untuk berganding dengan penyerang Kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan pemain Kebangsaan Lubnan , Mohammad Ghaddar ..
ditulis oleh : amirunsyakir.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment