Sunday, September 16, 2012
Kelantan Tempang di Arbil
Pengurus pasukan Kelantan , Azman Ibrahim mengakui pasukan Kelantan berdepan cabaran getir apabila berdepan dengan cabaran getir apabila bertemu dengan juara liga Iraq iaitu Arbil dalam saingan suku akhir piala AFC ..
Menurutnya , kecederaan beberapa tonggak utama selain jadual padat menyebabkan pihaknya menagih kudrat pemain yang sedia ada dalam perlawanan di Stadium Francouse Al Hareeri , Arbil City .. Pada masa yang sama , pasukan Kelantan juga tidak dapat mempawa dua pemain import baru , Mijo Dadic dan Keita Moudjou kerana gagal mendapat ITC dari FIFA ..
Untuk itu , kita tak boleh bagi harapan yang tinggi , cuma kita rasa ada peluang untuk pergi lebih jauh sekiranya pemain dapat menunjukkan aksi yang baik di Arbil pada malam nanti .. Katanya yang membayangkan akan menggunakan dua pemain import iaitu Dennis Antwi dan Emmanuel Okine dalam saingan yang diaanggap bersejarah ini ..
Azman mengharapkan pemainnya dapat mencuri satu matadi Arbil sebelum perlawanan timbal balik di Kota Bharu pada 25 September dengan kekuatan yang lebih padu setelah beberapa tonggak utama yang cedera kembali pulih ..
Mengulas kembali kecederaan pemain import sensasi iaitu Mohammed Mahmood Ghaddar , Azman berkata pemain itu masih berehat dan dijangkakan akan beraksi pada aksi timbal balik di Kota Bharu pada 25 September ini .. Insyaalah kita akan turunkan barisan terkuat di Kota Bharu , selain Mohammad Ghaddar , pemain pertahan juga diturunkan pada aksi timbal balik itu ialah S.Subramaniam yang dijangka pulih 100 % ..
ditulis oleh : amirunsyakir.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment