Friday, September 28, 2012

KAFA Adalah Persatuan Bola Sepak Negeri Yang Berjaya

   


 Sebenarnya jauh lagi untuk mencapai sasaran itu , banyak aspek kalau ita cakap tentang KAFA . Salah satunya , macam mana kita hendak jadikan KAFA sebagai sebuah entiti yang boleh berdikari . Di situ timbul persoalan macam mana KAFA mesti diurustadbir secara komersial . Ertinya kita kena tahu duit nak keluar berapa , kena ada usaha duit kena masuk berapa agar kita tidak menjadi sebuah persatuan yang suka meminta-minta ..

     Nilai itu mestilah lebih daripada nilai pasukan bola sepak kita . kalau pasukan kita bagus , kita pun dapat sumber kewangan yang tinggi daripada penaja . Bikan bermaksud bila nak menghadapi musim depan , berapa nilai orang hendak bagi geran kepada kita . Zaman bergantung kepada geran tahunan sudah lama kita tinggalkan . Itu salah satu  aspek terpenting dalam mengurus pentadbiran KAFA ketika ini . Sebab itulah wujudnya theredwarriors.com , sebuah syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur ..

     Segala Aspek yang berkaitan dengan unsur komersial  , misalnya pada tahun depan , soal jersey kita buka tender buat pertama kali . Saya dengar Umbro , Lotto dan Warrior yang menaja pasukan Liverpool itu mahu serta untuk masuk tender ..

     Itu hanya contoh jersi . Banyak lagi perkara yang boleh kita buat duit . Seperkara lagi , kita kena pastikan prestasi pasukan selalu berjalan seiring . Jersi laku , kita akan selalu ke Bukit Jalil . Kalau prestasi pasukan merosot , perniagaan pun menjadi lebih merosot . Nak jaga bidang komersial senang, nak jaga pasukan bola sepak memang susah . Kita juga kena ingat pasukan negeri lain pun ada cara tersendiri untuk tingkatkan prestasi pasukan masing masing ..



ditulis oleh : amirunsyakir.com
sumber : sinarharian.com

No comments:

Post a Comment