Tuesday, September 25, 2012

Kelantan Tewas Keatas Erbil SC

     Pada minit awal permainan lagi skuad Erbil melancar serangan melalui Sallih memakai jersey nombor 8 tetapi rembatan kencangnya terkena palang yang di kawal  oleh Khairul Fahmi Che Mat .. Sejurus selepas itu Erbil SC mengendurkan asakan , Skuad Kelantan mengambil kesempatan keatas skuad Erbil yang mengendurkan asakan .. Mohd Afiq Azmi hampir meletakkan Kelantan didepan namun percubaan nya di tepis oleh penjaga gol Erbil Sc , Mohd Jalal..Kelantan juga memperolehi peluang hasil sepakan percuma yang diambil oleh Indra Putra namun terkena pertahanan Erbil SC..

    Pada minit ke-34 Kelantan nampaknya terdesak untuk mencari gol pembukaan , namun rembatan kencang Norfarhan Mohammad terkena palang..asakan demi asakan dilakukan oleh  kubu Kelantan namun mudah disekat oleh Pertahanan Erbil SC..

     Separuh masa kedua bermula..Pada minit ke 47 sepakan  Salih Sadir dihalang oleh Obinna , Apex nampaknya sudah tertewas nasib baik Obinna berada tepat di depan gawang gol ..sejurus selepas itu sepakan percuma piya hasil daripada Norshahrul dijatuhkan diluar kotak penalty namun hantaran itu ditanduk oleh Obinna tetapi tandukan Obinna melambung tinggi ..

Sejurus selepas itu rembatan deras Shakir Shaari tersasar ke penjuru kanan Mohammad Jalal .. selepas itu , Kelantan menerap asakan demi asakan dari  pasukan Erbil namun berjaya di kawal oleh pertahanan Kelantan..Pada minit 53 - hasil  hantaran Norfarhan berjaya ditanduk oleh Indra namun tepat ke penjaga Gol Erbil ..

     Pada minit ke 54 - Hantaran Indra mencari Afiq namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Erbil SC, Mohd Jalal..Sejurus Selepas itu Skuad Erbil melancar serangan melalui Sulo Matulo namun berjaya di halang oleh Khairul Fahmi che mat .. selepas itu  , Skuad Kelantan berjaya mendapatkan sepakan percuma pada jarak 35 meter  namun sepakan Indra Melambung tinggi..

     Kemasukan Ghaddar nampaknya menguatkan lagi barisan serangan Kelantan,hasil gerakan solo Ghaddar berjaya dikawal oleh Pertahan Erbil Sc iaitu Okinia..Pada minit 74 - sepakan Norfarhan seditkit tersasar daripada pintu gol Erbil Sc..Selepas pada itu, Sepakan Nadim berjaya dihalang oleh Khairul Fahmi yang terus mendapat sepakan sudut buat pasukan Erbil ..

    Pada minit 79 -gerakan cantik hasil daripada hantaran 1-2 Norshahrul dan Ghaddar namun sepakan Ghaddar terkena tepi jaring..Counter Attack diakukan oleh skuad Erbil , mujurlah diselamatkan oleh Apex selepas Mafry terlepas bola hasil asakan daripada Nadim..

    Sejurus Selepas itu ,, sepakan percuma Indra yang mencari Ghaddar namun sepakan kencang Ghaddar dihalang penjaga gol Erbil Sc dan disambut oleh Norfarhan namun rembatanya terkena sisi jaring..Pada minti ke 82 - Mafry membuat First timer namun melambung tinggi..Kelantan nampaknya terdesak untuk menperolehi jaringan melalui Ghaddar namun sepakan kencang Ghaddar ditepis oleh Mohd Jalal ..

     Kemasukan Antwi dilihat lebih berkesan apabila beliau dijatuhkankan di luar kotak penalty , namun sepakan percuma Indra melambung tinggi.. Sekali lagi dari hasil gerakan solo Antwi berjaya menembusi pertahanan Erbil Namun hantaran Antwi tidak tepat untuk mencari Ghaddar..

  Pada minit akhir perlawanan sepakan Norfarhan namun berjaya diselamatkan oleh Jalal..Selepas itu Mohammad Ghaddar Dijatuhkan didalam kotak penalty , lalu diberi sepakan penalty oleh pengadil dari Korea..pada minit 92 Mohammad Ghaddar berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalty ..
     
             Keputusan Penuh Kelantan 1-1 Erbil ( Agg : Kelantan 2-6 Erbil Sc )
   

No comments:

Post a Comment